Uniform Baru JPAM

1 12 2009

Warna pakaian seragam baru JPAM ini, adalah selaras dengan warna uniform International Civil Defence Organisation (ICDO) yang turut digunakan di Singapura, Ireland, United Kingdom dan New Zealand.

Tanggal 13 September 2009, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sekali lagi melakar sejarah apabila melancarkan pakaian seragam yang baru , menunjukkan peningkatan yang setanding dengan agensi pertahanan awam antarabangsa. Pakaian seragam asal berwarna kelabu kehijauan telah ditukarkan kepada warna biru, melambangkan kemegahan serta kesiapsiagaan JPAM dalam menangani apa jua cabaran.

Ianya tidak menyerupai pakaian seragam agensi lain dan mudah dikenali kerana masih mengekalkan aksesori yang sedia ada seperti beret, mufla, jambul dan kemeja dalam berwarna oren, tanda pangkat pegawai berwarna emas dan tali pinggang Belt 70 berwarna hitam.

Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang di Akademi Latihan Pertahanan Awam ini, telah dirasmikan oleh Y.B. Dato` Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Turut hadir, Y.B. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop , Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg .Dato’ Sri Mahmood b. Adam, Ketua Setiausaha KDN, Y.Bhg Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Hamid , Ketua Pengarah JPAMserta dua Timbalan Ketua Setiausaha KDN .

Majlis ini ternyata istimewa kerana turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri yang lain.Majlis dimulai dengan tabik hormat oleh perbarisan kehormat JPAM, diikuti ucapan pelancaran uniform baru oleh Y.B. Dato` Seri Menteri Dalam Negeri. Dalam majlis tersebut, Y.B. Dato` Seri turut menyaksikan satu demonstrasi uniform baru oleh pegawai dan anggota JPAM Kuala Lumpur.

Turut mengisi majlis pelancaran, perbarisan pasukan khas pertahanan awam (PASPA) beruniform baru, memberi penghormatan terakhir kepada uniform yang lama. Y.Bhg. Dato` Ketua Pengarah kemudiannya mengiringi Y.Bhg. Dato` Seri ke sidang media.

Menurut Y.Bhg Dato` Ketua Pengarah, perubahan pakaian seragam ini dapat mengurangkan kekeliruan orang ramai yang beranggapan bahawa JPAM adalah juga sebahagian atau cabang pasukan tentera. Selain itu, ianya dapat memberi rangsangan dan anjakan paradigma kepada imej JPAM untuk bersaing serta meningkatkan kemampuan secara global setara dengan agensi sama di seluruh dunia.

About these ads

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: