Korporat

Takrif Pertahanan Awam
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:
SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.
SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

VISI

Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

OBJEKTIF

Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:-

»   Latihan kepada Orang Awam

»   Sistem Amaran Bencana

»   Pusat-pusat Perlindungan

Respond Kepada Bencana :-

  • Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
  • Perkhidmatan Kecemasan
  • Pemulihan.
  • Pembersihan
  • Pembangunan Semula
  • Kaunseling

FUNGSI

  • Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.
  • Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan   kepada orang  awam.
  • Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
  • Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

FOKUS STRATEGIK

  • Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.
  • Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.
  • Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.
  • Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan  Pertahanan Awam.
  • Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).
  • Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.
  • Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.
  • Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.
  • Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.
  • Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.

MOTTO

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

NILAI DAN TERAS

  • Cekap dan Tepat
  • Berdisiplin dan Bertanggungjawab
  • Kerja Berpasukan
  • Berkhidmat Dengan Ikhlas



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: